Skip to main content

Entry #1 : How it all began…

Noona A

The first Korean word I remembered was “andwae!!”. Masa tu tengah tengok cerita 2009:Lost Memories. Jang Dong Gun & Toru Nakamura berlakon. Form berapa eh masa tu? Form 1-2 kut… Masa tu watak tu nak pergi merentas masa to the past. Pastu watak lagi satu cakap “andwaaaee…” Time tu tak tau pun apa maksud dia. Tapi dah tau konfem bukan Bahasa Jepun (cerita ni dgn kerjasama actor dari Jepun). So agaklah jugak it’s something along the line of “Jangaaaan…”

Anyway…itulah antara detik2 pertama aku kenal something tentang negara Korea ni. Walaupun banyak je tengok movie Korea lepas tu tapi perkataan “andwae” antara yang tersemat dalam hati. Heee~

Fast forward beberapa tahun kemudian, masa tu tahun 2009-2011. Aku tengah tengok movie dalam laptop kawan. Waktu tu tengah belajar degree. Pastu nampak ada satu file ni tajuk TVXQ and Suju. Maka dari situlah bermulanya episod chenta pertamaku pada ChangMin, Yunho, Ryeowook, Siwon, and the rest is history. 

Semua MV diorang aku donlod. Semua Banjun Drama aku tengok. Semua variety show diorang aku layan. Waaaah...time tu memang aku pandang seronglah sape2 yg tak kenal DongBangShinKi and Super Junior. So dengan kesempatan yang ada ini, aku nak ucap ribuan jutaan berbilion terima kasih kepada orang yang tidak meletak password kat wifi dia time aku belajar dulu... =D

Zaman 2009-2011 nilah aku kenal noona B. Tapi kan..rasanya time tu tak tau pulak si noona B ni gile DBSK. Ke-fangirl-an noona B ni boleh tahan dasat. Siap beli baju online bagai. Pagi2 dalam kelas dia akan kata "cuba tengok apa yang lain kat aku?". Aku pun tengok atas bawah sambil mengomel dalam hati "sama je ropa dia ni..apa yg lainnya?". Noona B pun selak sket baju dia. Owwwhh...dia nak tayang t-shirt DBSK dia beli online. Ok. Aku kagom.

Tp tu semua aku tak penah buat (ke penah??). Hohoh. Paling fangirl haruslah pergi konsert. Banyak gak konsert2 kitorng pergi era2 sasaeng. Suju, GDA Samsung, SNSD free at KLCC, FT Island, Showcase Exo-M... Memang time zaman naik kpop tu amat cunlah bagi kami. Yelah..budak2 xde keje banyak masa. Sekarang komitmen dah lain sket. Haiihh~

Variety show jangan cakaplah. Family Outing, Running Man dari episod pertama, Star King, X-Man, Star Golden Bell, We Got Married, semua yg show2 awal zaman Paleolitik aku tengok. Sampai dah muak tgk Running Man sekarang. Betapa gigihnya time tu...

Pastu lagu kPop first yang menyentap dan meruntun jiwaku pula adalah BigBang Haru-haru. Fuuh..time tu tak terkata betapa chentanya aku pada lagu2 Big Bang. Lagu Doushite DBSK pula favourite time tu. Lagu Suju pulak Sorry Sorrylah kannn.. Tapi memang aku boleh hafal semua group2 kpop, member2, rupa paras, lirik lagu, dan besday diorang zaman 2009-2011 tu. Semua.. i tell you..tak tipu..SEMUA group kpop aku kenal. Betapa sasaengnya aku kau tau...

Start hujung 2011-2012 dah makin slow ke-sasaeng-an aku. Zaman2 ni aku kenal noona HQ. Tapi dah tak berapa ingat macamana ke-fangirl-an noona HQ pada kpop. Tetibe je noona HQ jadi partner in crime panjat pagar nak tgk SNSD, tgk Ukiss first-line-tapi-tetap-dihimpit-pagar-besi kat Hari Belia, posing tanpa hiraukan keadaan semata2 nak menang tiket Digi (which we did!) untuk pergi GDA, dll. Noona B tak dilupakan turut terlibat sama.. Dasat gak kitorng kan?

Waktu 2012-2013 pulak minat aku lebih kepada nak belajar bahasa, budaya, & gaya hidup. So aku pun donlodlah video2 belajar bahasa, beli buku2, masuk class n belajar. So lepaslah satu dua ayat korea boleh cakap. Tulisan pun agak lancar baca. =D

Oh2...ada selingan - kemunculan EXO and BAP buat aku continue balik sikit part-time sasaeng aku. Tapi after Luhan n Kris keluar semua..slow balik. Hampeh tul SM. Pastu dah tak ikut dah memana group. =(

Tahun 2014, dah kerja..dapat kumpul duit, akhirnya dapat jugak teman bersama noona B, noona HQ dan noona X (opis mate) pergi Seoul and Busan. Memang best baii. Tak rugi pergi. Ni nak pergi lagi ni...AirAsia taknak turunkan2 harga ni nape?? Cepatlah buat sale lagiiiii!!

Noona nak balik kampung!!!


Noona B

Kisah aku berkenalan dengan Korea bermula pada zaman sekolah menengah. Biasanya, bila kena balik asrama hari Ahad mesti rasa malas je. Tapi tiba-tiba semua orang balik asrama sangat awal sebab nak catch up tengok cerita Full House. Fuh..memang full house Bilik TV setiap Ahad petang nak tengok Rain yang comel itu.

Tapi, masa tu cuma kenal Korea biasa-biasa saja. Lepas tu, satu hari terbuka 8TV, tak silap MAMA Awards 2008 kot. Masa tu takde sub pun kat 8TV, tapi melekat tengok persembahan diorang. Masa tu dah cakap-cakap “ Wah..bestnya diorang menari, menyanyi..sape tu?”.

WARNING: Ini adalah simptom awal nak kena demam Kpop. It will always start with “ Who’s that?” and end up with you knowing every single thing about them.

Oh, lupa nak bagitau..akhirnya aku tau bahawa group yang aku dok seronok tengok kat 8TV tu adalah TVXQ. Masa tu layan sikit-sikit sahaja drama Korea. Adik aku yang dok syok sangat dengan Encik Lee Jun Ki masa tu. Aku sebagai akak yang supportive, carik kan subtitle untuk OST drama dia. Godek-godek Media Player adik aku jumpa MV. Pastu, macam familiar je rupa-rupa mereka nie. “Sape tu?”. Rasa ingin tahu melanda. Rupanya, tu MV lagu Choosey Lover dari Tohoshinki. Tapi, aku pernah nampak diorang, tapi kenapa nama lain? Dah confuse disitu.

Fast forward a few years later, aku kenal Noona A. Dan dia dengan confident nya menayangkan MV Haru Haru & Mirotic pada aku. Kali nie soalan “Sape tu?” dah tak relevan sebab aku dah kenal TVXQ dan Mirotic just seal the deal for me. I’m done. Full blood Cassiopeia there. AKTF! ( Kalau korang faham AKTF ini bermaksud kita dari zaman TVXQ yang sama..iaitu zaman Batu..hoyehhh).

Adalah menarik Noona A cerita macam mana kami boleh bertemu dengan Noona HQ. Tak ingat macam mana kitorang boleh jadik partner in crime, tapi yang pasti kami bertiga dah buat macam-macam benda demi Kpop.

Dan siapa sangka Kpop boleh buat kami bertiga bersatu, bergabung tenaga, idea dan kekuatan mental serta fizikal ( backpack ke Korea & lompat pagar besi, rempuh orang demi SNSD adalah sangat fizikal) untuk capai benda yang kalau buat solo, memang tak akan jadi.

Akhir cerita, Kpop temukan kami bertiga & aku harap kita kawan sampai bila-bila walaupun dah lanjut usia & tidak sesasseng macam time muda-muda dulu..(statement sikit beremosi disitu..haha).


Noona HQ

Berbanding dengan Noona A dan Noona B. Permulaan aku berkenalan dengan dunia Korea agak lambat. Masa nak abis degree baru fall in love. Aku tahu wujud Korea sebab aku layan juga cerita Korea macam Winter Sonata, Autumn in My Heart, Princess Hour. Tapi hanya sekadar mengisi masa sebab masa tu faverat aku tengok TV. So segala cerita kat TV aku tengok. Sampailah masuk degree ada je kawan2 aku yang cuba memperkenalkan Korea, namun aku masih belum into deep lagi. Namun, saat akhir sebagai student degree telah ribut gara-gara alarm pepagi roomate aku lagu 'Ring Ding Dong'. Annoying tapi macam comel je lagu dia and minda aku mula curious Ring Ding Dong pun boleh buat lagu. Dari situ bermulalah kisah aku mencari-cari siapakah yang nyanyi lagu Ring Ding Dong. Rupanya kumpulan Shinee, dari start tengok MV, jatuh hati pula pada Minho pastu Taemin pastu berjangkit cari video diorg sampai terjumpa video ship Minho dan Taemin (2min). Meroyan2 kenapalah diorang ni hensome sangat! How can so hensome! Pastu aku pun kecohlah kat katil mate sebelah aku. Katil mate aku ni lak minat dengar lagu tapi tak minat Korea pun so dia suggest lagu TVXQ iaitu Doshite Kimi O Suki ni Natte ShimattandaroDia cakap sedap lagu Jepun ni. Aku pun dengar dan tengok. Eh! Sedap la! cari la video diorg kaji punya kaji. La! diorg Korea juga. Namun, saat aku baru nak mengenali mereka diorang dah breakup. 

Oh! kecewa! Confius! Lambat ke aku ni! Tapi takpe! 

Saat tulah meroyan aku pada Kpop da mula naik sheikh tapi tak de kaki Korea masa tu yang in deep macam aku. So aku minat sorang2 lah. Saat tulah aku baru nak tengok Boy Over Flower. Pastu jatuh hati lak pada Kim Hyun Joong. Aku tahu KHJ ni group SS501 bila karaoke, kawan aku nyanyi lagu kumpulan ni "Love like this". Eh! Sedap lak  Masa tu deep gila suka kat KHJ. Namun masa tu pun baru aku tahu kumpulan diorang pun dah breakup. Aigoo! Lambat lagi! Masa tu aku suka Korea gila2 sampai mak aku pening, bebel ngan aku sampai kuar istilah "Kalaulah setiap Korea awak tengok tu kuar duit kan bagus".

Akhirnya kegilaan Korea aku ni semakin bertambah apabila aku berjumpa dengan Noona A. Pergh! akhirnya aku jumpa juga geng meroyang tentang Korea ni. Masa tu aku ngan noona A baru je kenal tapi dia punya kamceng erat disebabkan bercerita tentang Korea je. Masa tu Noona A yang senior dalam dunia Kpop ni telah memperkenalkan aku dengan dunia2 dan adab sebagai fans dengan membekalkan cerita Drama Korea, variety program, MV Kpop, ajak g concert dengan masuk contest dan lain2 lagi. Dari noona A lah aku mula start download cerita Korea dan menjadi pembekal cerita Korea sehingga hari ini iaitu sehingga ke opis ok. Orang cari sebab Korea!

Disebabkan noona A mempunyai kawan-kawan kaki Korea maka dia telah memperkenalkan noona B apabila kami bertemu untuk tengok konsert SNSD. Masa tu aku yang excited gila, almaklumlah ni concert first aku tengok telah mengepalai noona-noona kaki Korea membuat skuad rempuh demi SNSD dan skuad panjat pagar sebab concert ni buat secara outdoor. Maka orang sengket mcm noona meroyan ni apalagi, dah outdoor haruslah tengok walapun kena bayar concert tu. Susah panjat pagar dapat nampak kaki pun jadilah. Padahal not in deep sangat girl group Korea ni. Tapi sebab Korea kami datang. Maka bermulalah perkenalan noona meroyan ni sehingga kini. Menarik minat Korea ni bila orang yang kita tak kenal tapi bila sesama suka Korea cerita kabat in deep heart tentang Korea telah membuatkan dari tak kenal jadi kamceng laga2 kepala uoouulll. Wink2 Toing2

So, macam mana dengan how Korea grow in your heart?


** Noona nak feeling2 giveaway lah.. So, memana dongsaeng meroyan (yeodongsaeng ke..namdongsaeng ke..) yang bagi first email ke noonameroyan@gmail.com dengan subject email: sasaeng akan dapat gift misteri dari kami. Ada satu je. Pallee~~

Comments