Skip to main content

I dont " LIKE", I "OBSESS"

Noona B

This comic strip is so true.

Comic strip ini mengambarkan peminat kpop secara benar. Dan memberi inspirasi untuk membuat pengakuan terbuka tahap obses kami pada kpop. Marilah berkongsi pengalaman anda sebab kalau korang pernah atau masih dalam KpopLand, memang pasti korang pernah berada dalam mode "OBSES" dengan mana-mana group atau lagu atau artis.

So, let begin the story.

Disclaimer: Contoh dibawah adalah apa yang pernah Noona buat dolu2 zaman muda belia. Sekarang udah tidak buat lagi....ok, still ada buat, tapi on a different level.Haha

Antaranya adalah:

  • Beli baju bertemakan fandom anda. Tak banyak pun pernah beli dalam 3/4 helai je. Baju ini haruslah dipakai ketika nak pergi konsert kan. Let the world know who you are gitu. Sangat bangga pabila mengenakan pakaian tersebut walaupun xofficial. Harga agak pricey jugak la kalo banding dengan tshirt RM15 yang selalu aku pakai tu.
  • Koleksi merchandise lain.Sampul duit raya JYJ. Poster2 free dari majalah. Majalah epop.
  • Belajar sesuatu demi Kpop.Korang pun mesti belajar Hangul jugak kan. Cubaan telah saya lakukan, namun sebab kurang dedikasi, sampai la nie masih tak dapat baca apatah lagi menulis Hangul. Tapi disebabkan pernah suka sangat lagu DBSK Doushite, sanggup ku carik tutorial piano version dia. Berkat ketabahan, dapat la main part korus dia sikit. Tu pun sebelah tangan je.
  • Download semua performance untuk satu lagu.  
  • Live streaming award show masa bekerja. Contoh sebenar masa MAMA 2014. Kejung jari dok tekan F5 setiap 3 minit sebab live streaming guna wifi free KFC.
  • Kontes.Kalau korang tak pernah join mana-mana kontes, korang dah terlepas excitement nie. Sila join mana2 kontes lepas nie.Kontes untuk EXO..susun rambutan jadik EXO. Gila kreatif aku ha!Kontes GDA..tiru gaya 4Minute,beli simcard 4, aktifkan, dengan topup lagi,tweet lagi..OMG..gila gigih
  • Beli tiket walaupun harga dia..OMG!!Sebab dah tahu sangat sikit kontes yang akan ada, terutama kalau group dah senior and establish. Dari awal dah prepare nak beli tiket. Menabung itu harus.
  • Habis je interview keje, tumpang toilet tukar baju, tukar kasut. *Bertukarrr* menjadi kpoppers! Lagi excited nak pergi konsert dari nervous interview keje.
                -  Masa hari showcase Mblaq ada kawan baik punya kenduri kahwin. Sanggup g kenduri
                   kawan yang travelnya 2jam 30 minit untuk pergi sahaja. Belum balik tambah 2 jam 30
                   minit lagi. Bawa F1 wa cakap lu. Ni nak kejar showcase Mblaq yang tak sampai 30
                   minit. 

  • Nak pergi konsert tak tau kat mana? Jangan risau. Semua public transport berdekatan dengan stadium telah kami fahami. Toilet kat belah mana, surau ada ke tidak. Naik monorail turun mana.
  • Redah lautan manusia sebab nak tengok konsert free KLCC dengan SNSD. Siap panjat pagar besi. rempuh orang. Apa yang dapat adalah tengok kaki diorang sambil menari & esoknya dapat tangan yang lebam.
  • Hantar poskad kat deme. Terima ke idak tu tak tau la. Diorang probably terima beratus surat sehari. Tapi yang penting dah cross dari my to-do - list.
  • Menabung duit untuk tiket konsert walaupun belum ada pengumuman nak buat konsert kat Malaysia pun.
  • Ikut event untuk sambut birthday idol.Video message. Wishes message.
  • Sambut birthday idol macam diorang ada kat sebelah kita.  Beli kek. Tulis nama dia. Nyanyi lagu birthday ( harus dalam bahasa Korea)
  •  Buat youtube account semata-mata untuk subscribe dengan berpuluh master-nim punya fancam account.

Text Merah : Sampukan Noona HQ. Harap maklum

Comments